Monday, November 1, 2010

Wekend day



31 Oktober 2010

Gulai Lemak cili api wif pucuk ubi


simple + mudah + sedap

Bahan bahan :

 Pucuk ubi, Ikan Bilis
Cili api, Santan
 Serai, Daun kunyit
Serbuk kunyit, 3 cawan air 
Asam keping, Garam



Cara cara membuat :

Tumbuk cili api dan ikan bilis, titik serai dan juga daun kunyit, kemudian masukkan bahan yg ditumbuk tadi ke dalam periuk bersama santan. * santan hanya perlu setengah sahaja, baki akan dimasuk kemudian * Masukkan air serta serbuk kunyit. dan Panaskan keatas dapur.


Kacau sentiasa sehingga mendidih, masukkan pucuk ubi, biarkan beberapa minit, supaya pucuk ubi tadi lembut dan masukkan asam keping bersama garam secukup rase. 


- Akhir sekali, Masukkan pati santan yang setengah tadi kedalam masakan. Tutup api, dan dihidang


Senang senang dan senang, kan ? hikhikhik


P/s : kalau nak sedap lagi pecah telur didalam masakan lagi sedappp .. 

* Cakap pasal telur, memang saya tak teringat nak letak .. dan tiada permintaan mase saye masak, kalau ade, memang dah buat. Selesai masak terus hidang untuk dimakan, alih alih barulah my mum cakap, pasal ape tak letak telur.. Hakhakhak, Nape mak tak cakap  :P muehehehehe len kali masak akak letak ye.. huehuehue


Selamat Mencube :)