Thursday, July 28, 2011

Sambal Berlada Ikan Bilis wif Kentang

Bahan bahan :

2 Biji kentang (dipotong nipis)
Ikan Bilis
2 biji bawang merah (ditumbuk)
1 biji bawang putih (ditumbuk)
7 biji cili api (ditumbuk)
2 biji cili merah (ditumbuk)
Belacan (sedikit)
1 keping asam keping
Garam
Gula


Cara cara : 

1- Goreng kentang yang telah dihiris, ikan bilis sehingga garing dan asingkan
2- Masukkan belacan sedikit, kacau dan masukkan bahan yang telah ditumbuk, kacau sehingga naik bau.

3- Kemudian masukkan garam dan juga asam keping, kacau sehingga masak.
4- Last sekali, masukkan sedikit gula (ganti sebagai perasa) tak main ajinamoto ok : P
5- Siap untuk dimakan






** Kalau korang tersangatlah rajin, bahan bahan yang ditumbuk boleh diblend.. tapi bagi aku, tumbuk lagi ade urmmm dan sodappp ; ) hekhek


Selamat mencuba dan selamat berbuka : P






'' SALAM RAMADHAN BUAT SEMUA, 
MOGA RAMADHAN KALI INI PENUH KEBERKATAN '' 

Wednesday, July 20, 2011

Resepi Ikan Tongkol Masak Kicap


Bahan bahan : -

1 Ekor Ikan Tongkol (siap dipotong)
1 ulas Bawang Besar (potong bulat)
2 ulas Bawang Putih (ditumbuk)
2 ulas Bawang Merah (ditumbuk)
1 ulas Halia (potong panjang)
1 pek penumis (kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dll)
Sedikit Lada Hitam (ditumbuk halus)
Kicap Manis
Garam
AirAsam Jawa
Air



Cara cara :-

Goreng ikan tongkol yang telah dilumurkan dengan garam serta kunyit sehingga masak dan ketepikan. Kemudian goreng bawang besar yang dipotong bulat sehingga kekuningan dan asingkan ketepi. Tumiskan bawang putih, bawang merah, halia kacau. Masukkan penumis kacau sehingga naik bau. Masukkan lada hitam yang telah ditumbuk lumat, kacau dan masukkan kicap. Kacau masakan sehingga kicap masak, dan letak air ( ikut pada citarasa, jika hendak banyak kuah) seterusnya korang masukkan ikan dan bawang besar yang telah digoreng awal tadi dan kacau. Tunggu sehingga ikan empuk, akhir sekali masukkan garam sedikit,  dan juga air asam jawa. Ok, siap untuk dihidangkan . 


Hidangan untuk dua orang makan : )



Toink toinkkkkk  ....






Selamat menjamu mate ye : P





** Jika rasa kurang, tambah ape yang perlu, etc : garam or gula


Simple dan bertenaga

Salam Reader's,
Selamat pagi semua ,


Sihat tak korang ye ? aku sihat walafiat alhamdulillah..
Brekpes harini korang melantak ape ?
Aku tapau beli roti gardenia dengan bancuh milo panas aje, Mantoppp sehh ; )


Kenyang perut aku dah, kang agak agak lapar, reti reti lah bancuh milo cicah roti  lagi, wokehhh
Rase nak bancuh aje air nescafe atau kopi susu, tapi kan tak bagus untuk ibu mengandung, huaaaahhhss : (


Tedia roti gardenia (khas bagi orang berpenyakit)


Heekkkkk (aku tak sakit) , tapi aku suka jugak makan roti ini, dan sedap jugak cicah dengan air milo tadi, jap lagi mesti aku ulang cicah lagi, muehehehehe


Okehlah tuh, dah kenyang perut, baru semangat wat keje...
Semangat ke ??


Grrrrrrrrrrr, hahahahahahah : D

Monday, July 18, 2011

Wedding Farah AF2



Monday blues for all reader's ; )


Hari Isnin bersamaan hari bermulanya kerja, mengantooookk sangat sekarang, Huaaaahh !!
Tetiba dapat email dari member, gambar perkahwinan farah AF2..


Soooo, sepantas kilatlah saye meng-open....
Woww wiiiiiiiii, sweetnye farah af², nice dress n colour.
Jom layan picture tetengah hari neh,  Ngeee's ~   : P










Like, like, like, like'sssss 




Sumber : Email


Thursday, July 14, 2011

Sesi fotografi Yassin senario bersama isteri



Sumber : Email







sekali imbas tengok muka yassin neh, ade iras iras jiran depan umah mak aku : D






Macam macam style lah : )


Next week kene minum air gula !! pening lagi aku ..


wooooohh wooooohh, now kandungan sudah masuk 29 minggu, ade lagi 11 minggu nak deliever.. minggu depan ade pemeriksaan lagi di KKP, mase tuh kandungan masuk 30 minggu, kena minum air gula buat kali kedua .. harap harap ini yang terakhirrrrrrrrrr lah ye... bukan tak sanggup nak minum, cume lepas je minum mesti kepala rase pusing pusing pening pening.. Dush dush dush, itu yang tak sanggup !!


BTW aku cadang hari ini nak masak kerang rebus cicah air asam, dan ikan bawal masak kari, kalau sempat esok aku update picture masakan, yeh yeh ~





Mrs. Akma : dah dah, pegi sambung buat keje.. mueh mueh : P

Monday, July 11, 2011

Mencatat Pergerakan Bayi


Sekarang usia kandungan sudah mencapai terimester ketiga, 7 bulan bersamaan 28 minggu.. Jumaat lepas aku buat chekup diklinik, dan jururawat telah mengajar cara untuk mencatatkan movement fetal, bermula dari jam 9 pagi sehingga 9 malam, sebanyak 10 kali pergerakan.. dan alhamdulillah selama tiga hari ini mase akhir dicatatkan adalah sekitar jam 5 petang, dan hari ini aku teruskan dengan rutin mencatat  ; D 




Jom nak share sumber sumber yang aku dapat, untuk ibu ibu hamil .



Secara purata, ibu hamil sudah dapat merasakan pergerakan janin antara minggu ke 18 hingga minggu ke 20 kehamilan. Namun, ada juga yang sudah dapat merasakannya lebih awal daripada itu. Bukan setiap masa bayi anda akan bergerak. Sama seperti kita, bayi dalam kandungan juga perlukan masa untuk rehat, tidur dan bergerak aktif semula. Berikut perkara berkaitan pergerakan bayi yang perlu anda ketahui.


Pergerakan Bayi Adalah Berbeza Antara Setiap Ibu Hamil
Apabila membandingkan pergerakan janin anda dengan ibu hamil yang lain, anda akan dapati ia berbeza. Jangan risau, memang seharusnya tidak sama kerana setiap bayi mempunyai masa aktiviti yang berbeza dalam rahim ibu masing-masing. Yang penting, anda peka dengan pergerakkan atau kebiasaan bayi anda dalam kandungan.


Berapa Banyak Tendangan Yang Boleh Dirasakan Dalam Sehari
Selalunya pergerakan bayi lebih mudah anda rasai apabila anda berada dalam keadaan santai atau sedang berehat berbanding semasa anda sedang sibuk. Walaupun begitu, penting untuk anda mengenali pola pergerakan si kecil anda.

Semakin bertambah usia kehamilan, anda akan semakin faham dengan rentak pergerakan bayi anda. Biasanya anda sudah dapat meneka bila waktu bayi cenderung aktif dan bila masa dia berehat atau tidur. Ambillah waktu yang sama setiap hari untuk mengira pergerakan bayi anda terutama apabila pergerakkannya bertambah aktif. Namum, jika dalam masa 2 jam anda langsung tidak dapat merasakan pergerakan bayi, anda boleh merujuk keadaan ini kepada doktor kerana dikhuatiri sesuatu yang serius boleh menimpa bayi.


Benarkah Pergerakan Bayi Semakin Kurang Apabila Usia Kehamilan Bertambah?
Antara minggu ke 36 hingga sampai waktu bersalin, biasanya bayi sudah membesar dan mengisi hampir keseluruhan ruang rahim anda. Ini membuat pergerakkannya sedikit terbatas. Namum, anda masih dapat merasakan tendangan atau tumbukkannya. Memang pergerakkannya sedikit berkurangan namum bukan bermakna bayi tidak aktif tetapi kerana ruang yang sempit menghadkan pergerakkannya. Yang penting, anda sentiasa peka dengan pergerakkan yang anda rasakan dalam rahim anda.


Perlukah Mencatat Pergerakan Bayi?
Anda memang disarankan mencatat pergerakkan bayi terutama apabila sudah memasuki trimester ketiga. Ini penting bagi memastikan bayi anda sihat di dalam sana. Selalunya, doktor akan memberi tunjuk ajar atau jadual yang memudahkan anda untuk mencatat pergerakkannya. Ini penting bagi mengesan sebarang kelainan yang berlaku. Ada kes di mana bayi sudah agak lama tidak bergerak dan didapati bayi sudah mula lemas di dalam rahim dan berisiko meninggal dalam perut ibu. Oleh itu, sentiasa peka dengan pergerakkan bayi anda.


Sumber : Bidanbersalin

Wednesday, July 6, 2011

Khasiat Air Kelapa Muda bagi Ibu Hamil



Di kalangan masyarakat, ada tradisi turun-temurun yang menyarankan ibu hamil agar memperbanyak minum air kelapa muda, terutama dari kelapa hijau. Konon katanya bila rajin minum air kelapa muda– terutama di trimester ketiga kehamilan–maka air ketuban akan bersih dan bayi yang dilahirkan juga bersih kulitnya, lebat rambutnya dan bening matanya.


Apakah betul demikian?


Sejauh ini belum ada penelitian yang secara ilmiah membuktikan kebenaran saran tersebut. Namun, air kelapa muda memang mengandung berbagai zat yang bermanfaat bagi ibu hamil. Zat-zat itulah yang barangkali secara tidak langsung membuat bayi menjadi lebih sehat sebagaimana disebutkan dalam saran tradisional itu.


1. Elektrolit Alami
Air kelapa muda kaya dengan kandungan elektrolit, klorida, kalsium, potasium, magnesium, sodium, dan riboflavin. Sebagai isotonik alami yang kaya mineral dan memiliki elektrolit sama dengan elektrolit tubuh, air kelapa muda sangat bermanfaat untuk rehidrasi dan memulihkan stamina tubuh.

Ibu hamil membutuhkan lebih banyak air dibandingkan orang lain. Dehidrasi selama kehamilan dapat menyebabkan berbagai komplikasi, termasuk sakit kepala, kram, edema dan bahkan kontraksi yang dapat menyebabkan persalinan prematur.


2. Diuretik Alami
Sebagai diuretik natural yang steril, air kelapa muda melancarkan air seni dan membantu membersihkan saluran kemih. Hal ini berkhasiat mengeluarkan zat-zat toksin dari tubuh dan mencegah infeksi saluran kemih– yang juga cukup umum terjadi pada wanita hamil.


3. Antipenyakit
Air kelapa muda mengandung asam lauric, asam yang membantu melawan penyakit. Asam lauric yang terkandung dalam air kelapa sama dengan yang terdapat di air susu ibu dan memiliki karakteristik antijamur, antibakteri dan antivirus sehingga menjaga kesehatan ibu dan bayi dari virus seperti herpes dan HIV, protozoa giardia lamblia serta bakteri klamidia dan heliokobater.


4. Membantu Pencernaan
Air kelapa juga dipercaya memperbaiki fungsi pencernaan. Selama kehamilan, plasenta memproduksi hormon progesteron yang memperlambat kontraksi otot lambung sehingga pencernaan pun melambat. Air kelapa dapat membantu meningkatkan kecepatan pencernaan.


5. Meningkatkan HDL
Air kelapa muda tidak mengandung lemak dan kolesterol, bahkan menurut riset dapat meningkatkan kolesterol baik (HDL) di dalam tubuh.

Sumber : Majalah Kesihatan





This week, im in 28 weeks pregnant, lagi 12 weeks to go ~


Aku dah mula minum air kelapa, orang kate bagus tuk kulit baby, bagi halus dan cantik.. so setiap kali makan diluar, atau jalan jalan ke mall makan kat food court, kene order air kelapa muda okeh !! biar anak ibu neih, cantik cantik kulitnye dan orang kate juga, biar senang nak bersalin : ) 



sharing that i'm caring


Ikan Bawal Masak Masam Manis


Malam tadi aku masak ikan bawal masak masam manis, dan memang niat aku nak share resepi ini tuk korang korang baca. 


Berabad jugak rasenya tak publish resepi masakan ni, sekarang dah ade New Cam, so memang aku akan penuh kan Cam dengan picture picture makanan aje.. Heeee ~ Jom Jamu mata, sambil pen diatas kertas : P


Bahan bahan : -

1 Ekor Ikan Bawal 
2 Sudu Kecil Tepung Jagung
1 ulas Bawang Besar (potong bulat)
2 ulas Bawang Putih (potong dadu)
2 ulas Bawang Merah (potong dadu)
1 ulas Halia (potong panjang)
2 sudu Cili Giling / Cili api (jika mau pedas)
1 biji Tomato (rebus dan lenyek, asingkan)
5 helai Daun Limau
2 potong Limau Nipis (diperah)
Sos Tomato
Sos Tiram
Garam
Gula
Air


Cara cara :-

Lumurkan ikan bawal dengan garam sedikit, beserta tepung jagung, kemudian goreng sehingga masak dan ketepikan. Masukkan bawang putih, bawang besar, bawang merah, halia dan kacau sehingga naik bau. Masukkan cili giling, tomato yang telah dilenyek, sos tomato, sos tiram, daun limau, masukkan air dan kacau sehingga bau naik. Tunggu sehingga kuah betul betul pekat dan masak. Akhir sekali masukkan perahan air limau nipis, garam dan gula secukup rase. Jika masakan kurang rase, tambah gula atau garam. Ok, siap untuk dihidangkan. 

Hidangan untuk dua orang makan : )

Kalau nak cantik lagi, hiaskan masakan dengan daun sup dan bawang goreng.


Taraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa ....










Pandangan dari tepi



Pandangan dari atas




SELAMAT MENCUBA ALL ; )


Monday, July 4, 2011

Last Evening moment

Menonton wayang bersama mydear, sambil menikmati caramel pop corn wif air mineral
" sedap "

Cerita yang dipilih oleh mydear, Transformers " dark of the moon in 3D " aku teruja sedikit sebab ini firstime tengok wayang dalam 3D dan firstime jugaklah aku tengok cerita transformers ini, sebabnye tahun tahun yang lepas nak tengok full booking n full queee's .. mucecececeh, kesian sangat kat aku ni : D







Cerita penuh aksi dan ditambah dengan pengorbanan
***** star aku bagi, jom pakat tengok ye korang, memang berbaloi..



Picture yang diambil ketika OTW ke Alamanda Putrajaya 
ehem ehem, test cam baru nampak : P hukhuks