Thursday, August 19, 2010

For kaum ' hawa '

From my email, 
sharings to all muslimat


" Telekung di surau ni kotor laaa.. camne nak solat ni?" 
"Saya lupa bawa telekung la.. nanti nanti lah saya qada'kan aje solat bila sampai rumah."


Sikap ini biasa, terutamanya di shopping complex. Sepertinya solat itu  tidak penting, bole diqada'kan yang lebih penting adalah telekungnya. Tiada telekung tak boleh solat.. Begitukah ??

Jika kita amati bersama sama syarat sah solat ada 5 Perkara : 

1) Yakin telah masuk waktu
2) Menutup Aurat
3) Menghadap Kiblat
4) Suci daripada najis pada badan, pakaian dan tempat solat
5) Suci daripada hadas kecil & besar

Tercari cari juga, tiada pula dalam senarai diatas yang mewajibkan untuk memakai telekung.

Jadi wajibkah ??

Mengapa hendak disulitkan dan di perberatkan hukum hukum islam yang sebenarnya cukup mudah dan simple.

"Dan tidaklah Allah Jadikan Bagi Kalian Dalam Agama Ini Kesulitan" (Al-Haj:7)

Yang pentingnya dalam soal berpakaian ketika bersolat ialah menutup aurat dan bersih daripada najis. Apa saja pakaian kita jika memenuhi syarat syarat tersebut , maka tidak perlulah diragukan lagi.

Telekung cuma adat dan bukannya syarat. Majoriti hanya wanita wanita di benua nusantara yang mengamalkan pemakaian telekung ini. Sememangnya tidak salah bertelekung, malah lebih baik sebenarnya, kerana lebih sopan dan selesa. Cuma jika ia di jadikan sandaran yang akan mencacatkan solat kita maka itu adalah prinsip yang salah.

Pilihlah mengikut keselesaan dan yang mana lebih mudah. Jika merasakan bertelekung lebih mudah maka itulah yang terbaik. Bagi sesetengah orang jika solat di rumah ataupun di pejabat lebih selesa menggunakan telekung. Tapi ada juga yg dalam keadaan tergesa gesa, maka pakaian yang ada sahaja sudah cukup memadai. Yang penting ia cukup syarat.

"Eh.. Betol ke ni...? Nampak pelik laa kalau tak pakai telekung. macam tak sempurna je tutup auratnya....

Untuk persoalan sebegini, mungkin perlu ditanya kembali pada diri kita. Jika kita merasakan pakaian kita tidak cukup sempurna untuk bersolat. Jadi adakah kita sekarang ini tidak mentup aurat.??? 


Renungkan.. dan selamat beramal.

No comments:

Post a Comment