Wednesday, February 18, 2009

Muluskan kulit dengan kos yang murah

Jerawat, bintik hitam, dan kulit kering antara masalah yang sering dihadapi oleh remaja. Pelbagai produk kecantikan yang kamu gunakan untuk mendapatkan kulit wajah yang cantik dan sihat tetapi hasilnya tidak memberangsangkan. Apakah cara yang perlu digunakan untuk mengatasi masalah ini? Caranya mudah sahaja. Kamu tidak perlu mengeluarkan belanja yang banyak kerana bahan-bahan yang digunakan senang diperoleh.Kamu hanya menggunakan buah-buahan untuk merawat masalah pada kulit wajah kamu. Buah-buahan dan tumbuh-tumbuhan yang digunakan memang diyakini kerana penggunaannya telah digunakan sejak zaman dahulu lagi. Malah banyak produk kosmetik yang menggunakan ekstrak buah-buahan dan tumbuh-tumbuhan sebagai bahan asas dalam menghasilkan produk kecantikan. Ketahui khasiat buah-buahan yang digunakan dalam merawat kulit wajah kamu dan cara untuk melakukannya.

Hilangkan jerawat dengan kulit kayu manis
Kulit kayu manis merupakan pemanas badan. Minyaknya sebagai penawar untuk menghapuskan rasa tidak hadam. Ia merupakan campuran (rempah ratus) yang digunakan dalam resepi masakan hampir tiga suku penduduk dunia. Selain masakan, bahan masakan ini mampu menghilangkan jerawat dan membuatkan kulit bertambah licin.

Segarkan wajah yang sembap
Timun mempunyai pelbagai khasiat dan penawar. Kebanyakan orang suka memakannya kerana menganggap timun dapat menyejukkan badan. Timun kaya dengan kandungan mineral. Ia juga mengandungi kalsium, fosforus, zat besi & Vitamin C. Timun sangat sesuai digunakan untuk semua jenis kulit. Kandungan airnya mampu menyegarkan kulit wajah. Kulit muka yang kasar juga boleh dirawat dengan menggunakan timun. Selain merawat kulit, timun juga mampu menyegarkan mata yang letih.

No comments:

Post a Comment