Wednesday, February 18, 2009

Wanita dan Kasut


Wanita dan kasut memang tidak boleh dipisahkan. Item fesyen ini pasti menjadi perhatian setiap kali membeli-belah. Satu atau dua pasang kasut mana mungkin mencukupi kerana ia perlu disesuaikan dengan pakaian yang ingin digayakan. Sepasang but tidak boleh dikenakan bersama sepasang baju kurung.
Walaupun fungsi utama kasut adalah untuk melindungi kaki daripada sebarang kecederaan, tetapi seiring dengan perkembangan dunia fesyen, kasut telah menjadi pelengkap penampilan seseorang. Terutamanya kepada wanita yang sangat mementingkan penampilan diri. Berikut ini lima jenis kasut yang sering menjadi buruan wanita.

1. Kasut tanpa tumit (leper)
Kasut ini digemari mereka yang mementingkan keselesaan. Tetapi ia hanya sesuai untuk acara santai. Lebih-lebih lagi jika anda ingin menghabiskan masa sehari suntuk untuk berjalan-jalan. Kasut ini memudahkan pergerakan dan boleh mengelakkan kaki daripada lenguh atau stress.

2. Kasut bertumit tebal dan rendah
Bagi wanita yang bertubuh tinggi lampai, kasut yang tidak terlalu tinggi mungkin menjadi pilihan. Selain itu, mereka yang bertubuh gempal juga lebih baik mengenakan kasut jenis ini kerana ia mampu menampung berat badan. Dengan itu anda tidak akan cepat penat ketika berjalan mengelilingi pusat membeli-belah.

3. Kasut bertumit tinggi dan runcing
Kasut jenis ini sama sekali tidak sesuai dikenakan oleh mereka yang bertubuh besar. Tetapi sangat sesuai untuk yang bertubuh langsing dan sederhana. Boleh digayakan untuk acara formal dan juga bukan formal. Pemakaian kasut jenis ini membuatkan kaki terlihat lebih panjang dan anggun. Paling cantik jika digayakan dengan padanan kemeja dan skirt mini, kemeja dan seluar panjang fabrik lembut, blaus dan seluar jeans.

4. Stiletto
Bagi yang ingin kelihatan anggun dan elegan ketika menghadiri parti atau majlis makan malam, apa kata anda pilih stiletto untuk digayakan. Pilihlah warna-warna natural seperti hitam, perak atau emas. Ini kerana warna-warna itu boleh dipadankan dengan pelbagai warna gaun. Namun begitu, ambil kira juga keselesaan ketika memakainya.

5. But
Jika anda gemarkan gaya ranggi, pemakaian but boleh membantu. Bagaimanapun, pastikan but yang menjadi pilihan sesuai dengan bentuk badan anda. Jangan sesekali mengenakan but separas paha jika anda tidak mempunyai sepasang kaki yang panjang. Sebaiknya pilihlah but separas betis supaya anda tidak terlihat rendah. Paling mudah, gayakan but kesayangan anda dengan sepasang jeans.

1 comment:

  1. huhuhuhu...saya peminat but juga..minat saja..tp belum beli...tapi saya pemakai baju kurung tegar utk ke tempat kerja..(teacher) betul ker xsesuai nk pakia but dgn baju kurung????

    heheehh....plz bg pendapat yer

    ReplyDelete