Friday, March 4, 2011

Morning Sickness, tahan - tahankan ..


Untuk ibu yang sedang mengandung, dan saye tidak terkecuali : )


Info ini saya ambil dari ruangan forum mesra, saye kongsikan untuk readers :



situasi dalam gambar ini, macam ala ala saye plaks, 
dok conggok tepi tuh : D



Cara mengatasi alahan

Makanan

- Apabila anda sedar di waktu pagi, makan kraker atau biskut dan rehat selama 15 minit, kemudian barulah bangun.
- Bangun perlahan-lahan dan jangan terus baring selepas makan.
- Kerap makan snek atau hidangan dalam kuantiti yang kecil supaya perut tidak kosong (contoh: setiap 2 jam) walau pun anda tidak lapar.

- Makan apa sahaja yang anda mahu tapi elakkan mengambil makanan pedas, berlemak dan bergoreng.
- Jika anda tidak tahan dengan bau yang kuat ketika memasak, buka tingkap dan kipas. Lebih baik jika orang lain yang memasak.
- Makan makanan yang sudah sejuk berbanding makanan panas kerana makanan yang sudah sejuk kurang baunya.

- Hidu bau limau nipis, limau kasturi atau halia boleh meredakan perut yang berasa sebu atau tidak selesa.
- Elakkan mengambil kafein dan merokok.


Minuman

- Minum air dengan kerap sehingga 12 cawan sehari.
- Elakkan minum semasa makan serta sebaik sahaja sebelum dan selepas makan.
- Pengambilan air halia boleh mengurangkan rasa mual.


Rutin harian

- Berehat secukupnya kerana alahan akan bertambah buruk apabila kepenatan. Tidur sekejap di siang hari kerana biasanya pada trimester pertama, wanita mengandung kerap berasa letih dan mengantuk.
- Dapatkan bantuan untuk mengemas rumah dan menjaga anak yang lain. Pastikan anda peruntukkan masa untuk berehat.

-Bersiar-siar dan lakukan senaman ringan di luar rumah untuk dapatkan udara segar. Buka tingkap rumah untuk pengudaraan yang baik dalam rumah.

- Elakkan tempat panas kerana kebiasaannya alahan akan bertambah teruk.
- Jika pengambilan vitamin mengandung anda menyebabkan alahan bertambah teruk, minta nasihat doktor.
- Bergerak perlahan-lahan dan elakkan pergerakan pantas.
- Jangan gosok gigi sebaik sahaja lepas makan kerana ini boleh menyebabkan rasa mual.
- Dapatkan sokongan daripada orang yang rapat (contoh: suami, ibu bapa, rakan)


Bila anda perlu dapatkan nasihat doktor ?

- Cadangan di atas tidak memberikan kesan.
- Anda muntah lebih dari 3-4 kali sehari dan sebaik sahaja makan, anda muntah.
- Berat badan anda menurun dengan banyak.
- Muntah anda mengandungi darah atau berwarna hitam pekat.
- Anda mengalami simptom-simptom dehidrasi.
- Anda risau dengan keadaan anda atau merasakan perubahan serius pada kesihatan anda.


* *Kebanyakkan tips yang diberi, saye telah praktikkan, dan alhamdulillah dapat melegakan rase mual* *


2 comments:

  1. sedang amalkan ka?hikhik tahniah yea dah nk dpt anak :)hati-hati jgn buat kerja berat dan mkn mknan seimbang :)

    ReplyDelete
  2. Mekasih epa, doakan moge kandungan shat, sebab dlm sebulan neh, mkn mesti nak muntah.. :(

    ReplyDelete