
Friday, February 27, 2009
Malam Sinar Maulidurrasul 1430H

Thursday, February 26, 2009
Sahabat Dulu dan Kini
Menyayangi Seseorang
Thursday, February 19, 2009
Murah Rezeki
Wednesday, February 18, 2009
Muluskan kulit dengan kos yang murah
Segarkan wajah yang sembap
Wanita dan Kasut
Walaupun fungsi utama kasut adalah untuk melindungi kaki daripada sebarang kecederaan, tetapi seiring dengan perkembangan dunia fesyen, kasut telah menjadi pelengkap penampilan seseorang. Terutamanya kepada wanita yang sangat mementingkan penampilan diri. Berikut ini lima jenis kasut yang sering menjadi buruan wanita.
1. Kasut tanpa tumit (leper)
Kasut ini digemari mereka yang mementingkan keselesaan. Tetapi ia hanya sesuai untuk acara santai. Lebih-lebih lagi jika anda ingin menghabiskan masa sehari suntuk untuk berjalan-jalan. Kasut ini memudahkan pergerakan dan boleh mengelakkan kaki daripada lenguh atau stress.
2. Kasut bertumit tebal dan rendah
Bagi wanita yang bertubuh tinggi lampai, kasut yang tidak terlalu tinggi mungkin menjadi pilihan. Selain itu, mereka yang bertubuh gempal juga lebih baik mengenakan kasut jenis ini kerana ia mampu menampung berat badan. Dengan itu anda tidak akan cepat penat ketika berjalan mengelilingi pusat membeli-belah.
3. Kasut bertumit tinggi dan runcing
Kasut jenis ini sama sekali tidak sesuai dikenakan oleh mereka yang bertubuh besar. Tetapi sangat sesuai untuk yang bertubuh langsing dan sederhana. Boleh digayakan untuk acara formal dan juga bukan formal. Pemakaian kasut jenis ini membuatkan kaki terlihat lebih panjang dan anggun. Paling cantik jika digayakan dengan padanan kemeja dan skirt mini, kemeja dan seluar panjang fabrik lembut, blaus dan seluar jeans.
4. Stiletto
Bagi yang ingin kelihatan anggun dan elegan ketika menghadiri parti atau majlis makan malam, apa kata anda pilih stiletto untuk digayakan. Pilihlah warna-warna natural seperti hitam, perak atau emas. Ini kerana warna-warna itu boleh dipadankan dengan pelbagai warna gaun. Namun begitu, ambil kira juga keselesaan ketika memakainya.
5. But
Jika anda gemarkan gaya ranggi, pemakaian but boleh membantu. Bagaimanapun, pastikan but yang menjadi pilihan sesuai dengan bentuk badan anda. Jangan sesekali mengenakan but separas paha jika anda tidak mempunyai sepasang kaki yang panjang. Sebaiknya pilihlah but separas betis supaya anda tidak terlihat rendah. Paling mudah, gayakan but kesayangan anda dengan sepasang jeans.
Bina Peribadi Diwaktu Makan
Antara didikan yang boleh diterapkan kepada anak-anak pada waktu makan:

1. Tunggu orang yang paling tua
"Kalau ada ayah, suapan pertama hendaklah dimulakan oleh ayah. Kalau tidak ada ayah, emak dulu. Rahsia di sebaliknya, bila dikekalkan begitu selama tiga bulan, akan tumbuh di hati anak rasa hormat kepada yang lebih tua walaupun di luar pandangan kita. Jadi kalau kita hendak tahu macam mana anak kita di luar pandangan kita, tengok waktu makan."
2. Baca bismillah dan guna tangan kanan
3. Ambil lauk terdekat dulu
"Bagi cubitan lauk yang pertama, ambil yang paling dekat. Kenapa? Melatih sabar. Kali kedua jika hendak ambil yang jauh tak mengapa, itu dikira usaha ikhtiar untuk dapat yang lebih baik. Ia mempengaruhi corak kehidupan dan corak kita bekerja. "Kalau ayah atau ibu hendak membina sifat penyayang, ambil lauk yang pertama letak di pinggan anak. Memang anak akan rasa lain. Kalau dia tak mahu lauk itu tak mengapa tapi kita memberi tu yang mustahak. Kalau kita buat macam itu, dia juga akan jadi macam itu pada orang lain. Kita sudah bina masyarakat penyayang di dalam rumah kita. Malah untuk latih anak cinta pada saudaranya yang lain, itulah waktunya..."
4. Kawal suapan
"Bila ambil makanan untuk suap ke mulut, jangan diangkat suapan seterusnya selagi di dalam mulut itu belum ditelan. Sesudah ditelan, baru angkat suapan seterusnya masuk ke mulut. Untuk apa? Melatih jangan tamak dan bersifat qanaah ? mencukupi apa yang ada. Atau lebih tepat, melatih syukur terhadap apa yang Allah kurniakan.
Tuesday, February 17, 2009
Warning From Bank Negara
Bank ATM's Converted to Steal IDs of Bank CustomersA team of organized criminals are installing equipment on legitimate bank ATM's in at least 2 regions to steal both the ATM card number and the PIN. The team sits nearby in a car receiving the information transmitted wirelessly over weekends and evenings from equipment they install on the front of the ATM (see photos). If you see an attachment like this, do not use the ATM and report it immediately to the bank using the phone on the front of the ATM. The equipment used to capture your ATM card number and PIN are cleverly disguised to look like normal ATM equipment. A 'skimmer' is mounted to the front of the normal ATM card slot that reads the ATM card number and transm its it to the criminals sitting in a nearby car. At the same time, a wireless camera is disguised to look like a leaflet holder and is mounted in a position to view ATM PIN entries.The thieves copy the cards and use the PIN numbers to withdraw thousands from many accounts in a very short time directly from the bank ATM.